Saturday 12 May 2012

Teknik Pelaburan Emas



Teknik Pelaburan 1 : Memilih Jenis & Berat Emas
Sebelum anda membeli Emas bagi tujuan simpanan dan pelaburan, adalah amat penting untuk anda mengenalpasti berat dan jenis emas yang hendak dibeli. Sebenarnya, pada saya pemilihan variasi emas ini amat penting dan ianya akan mempengaruhi keuntungan dalam jangkamasa pendek, sederhana dan panjang. Ia juga bergantung kepada faktor sumber asal modal dan tujuan penggunaan pada masa hadapan.

Teknik Pelaburan 2 : Modal Simpanan

Sekiranya modal yang anda gunakan adalah dari simpanan tunai anda untuk kegunaan masa hadapan, pilihlah variasi berat yang kecil, dimana anda boleh jual emas tersebut untuk mendapatkan sekadar jumlah tunai yang diperlukan sahaja.

Contoh ;

Jika modal simpanan anda berjumlah RM100,000.00, belilah emas 999.9 dalam variasi 10g dan 20g. Tujuannya, sekiranya anda perlukan tunai untuk apa-apa keperluan pada masa hadapan, anda hanya jualkan 1 pc emas 10g sahaja jika tunai yang diperlukan hanya sekitar RM 2,000.00 atau 1 pc emas 20g jika anda perlukan tunai dalam jumlah RM 4,000.00.

Berbanding jika simpanan anda semuanya dalam bentuk 50g dan 100g, sekiranya anda cuma perlukan RM 4,000.00, anda terpaksa menjual emas seberat 50g dan tunai yang anda dapat mungkin sekitar RM 10,000.00. Bermakna ada lebihan RM 6,000.00 yang berkemungkinan besar ia juga akan habis dibelanjakan.

Teknik Pelaburan 3 : Modal Pinjaman

Ada yang memulakan pelaburan ini menggunakan sumber dari pinjaman tunai, oleh itu pada saya adalah lebih baik dan menguntungkan jika anda menggunakan emas yang dibeli itu sebagai ansuran bayaran balik pinjaman.

Contoh ;

Rujuk jadual bayaran balik pinjaman peribadi dibawah ini, dan katakan anda membuat pinjaman RM 90,000.00 dengan bayaran balik selama 20 tahun sebagai contoh perkiraan.


Dalam jadual bayaran balik diatas, bayaran balik bulanan untuk pinjaman selama 20 tahun adalah kira-kira RM 755.55 sebulan. Jadi, gunakan saja kesemua amaun pinjaman tadi untuk membeli emas dalam bentuk 1 Dinar. Bermakna, setiap bulan jual saja 1 keping Dinar untuk membayar semula pinjaman tadi.

Paling menarik ialah, bulan pertama jual 1 Dinar dapat RM 777.00 (Harga ketika ini) terus bayar semula pinjaman tadi. Bulan kedua, dengan kenaikan nilai Emas jual 1 Dinar dapat pula RM 790.00 dan bayar kesemuanya untuk bayaran balik pinjaman tersebut, bermakna anda sentiasa membayar jumlah yang lebih dari kadar yang sepatutnya, sedangkan jumlah Emas yang anda jual setiap bulan sentiasa sama.

Ini membuatkan pinjaman anda akan dapat diselesaikan dengan lebih cepat disamping dinar Emas anda masih lagi berbaki dalam simpanan dan ini bermakna anda mendapat dinar Emas itu secara percuma. Justeru, jangan takut meminjam untuk membeli Emas, kerana anda tiada masalah untuk membayar semula pinjaman itu.

Jika pinjaman anda tadi dipotong dari gaji, tunai hasil jualan Dinar tadi ambil sekadar jumlah potongan sahaja untuk anda gunakan bagi menampung semula potongan tadi, selebihnya bayarkan terus kepada bank sebagai bayaran tambahan kepada pinjaman anda tadi.

Kepada anda yg INGIN MENJADI KAYA dgn KEUNTUNGAN BERLIPAT GANDA dgn pelaburan emas,  jawapannya dari RODZAIDI BIN SULLAHUDZIN. PAKAR PELABURAN EMAS DAN PERAK.
Jika anda perlukan bimbingan, tips, strategi dan panduan pelaburan Emas fizikal yang lebih advance lagi, anda boleh mendaftar sebagai Dealer di bawah rangkaian saya, emasbarakah999.
Atau jika anda ingin terus membuat order di Branch Public Gold sendiri, anda hanya perlu isikan Nama dan No Dealer saya di ruangan Introducer di dalam borang pendaftaran pelanggan yang akan diberi kepada anda ketika anda sampai di Branch nanti.

INTRODUCER.
Nama : RODZAIDI BIN SULLAHUDZIN
No Dealer : PG 020208
No hp : 019 2141055/012 5870325
Selepas anda mendaftar, sila maklumkan kepada saya melaui SMS or FB.
Bagi anda yang ingin mengetahui alamat Publicgold, Boleh Layari http://www.publicgold.com.my/

No comments:

Post a Comment